Glam Deko

10 Gambar WAN IZHAR (ODS) Solekan SAHIR SABRI #GLAMDEKOINSPIRASI #GLAMDEKOMY M engangkat tema ‘Memori Raya’ mencambahkan rasa teruja menantikan tibanya bulan Ramadan dan seterusnya merai lebaran penuh makna. Biarpun melihat kepada perkembangan situasi semasa yang sukar untuk diramalkan (ketika saya menulis nota pengarang ini), tapi tidak salah kita bersederhana untuk meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Dalam banyak aspek, kemeriahan raya bukanlah diukur dengan bilangan busana baharu, atau berbelanja berhabis-habisan menukar kelengkapan rumah. Tidak ada salahnya jika hanya bersederhana dengan apa yang ada. Perabot lama yang masih dalam keadaan baik, langsir dan cat yang belum terjejas, masih boleh diguna pakai. Susun atur semula kedudukan ruang dan tambahkan pilihan bunga segar untuk menyuntik wajah ruang lebih menarik. Tidak perlu menunggu sehingga ke saat akhir, rancang awal keperluan yang diinginkan. Jika amalan menukar langsir sudah menjadi tradisi, mungkin tahun ini anda ingin beralih gaya baru. Bagi memberikan ilham gaya langsir terkini, segmen Ruang menyediakan tip memilih kemasan jendela untuk anda pilih. Selain variasi gaya, kenal pasti rekaan dan motif yang tepat dengan konsep kediaman. Pertimbangkan beberapa perkara ketika memilih fabrik langsir agar hasilnya tidak menghampakan. Justeru, edisi kali ini, GLAM Deko rangkumkan tips menghias ruang dengan berkongsi panduan daripada pakar di ruangan Fokus, idea menghias ruang santapan (meja makan) di ruangan Ilham dan tidak lupa menu istimewa yang dikongsikan oleh Selebriti Chef Ili Sulaiman untuk anda cuba di ruangan Sajian. Ramadan dan Syawal bersilih ganti, namun fungsi dan keindahan ruang ibarat terjemahan jiwa penghuninya. Kekalkan aura dan ambien positif di ruang kediaman, tanpa mengira musim perayaan. Kediaman ibarat syurga seisi penghuninya. Semoga apa yang dipaparkan dalam edisi ini menyuntik ilham merencanakan kemeriahan berganda menyambut lebaran tahun ini. EDITOR suhanadesa@bluinc.com.my Suhana Desa MEMORI RAYA GD KATA PENGARANG

RkJQdWJsaXNoZXIy MzE4NDk=